Wednesday, December 28, 2016

Hembusan Illahi

بسم الله الرحمان الرحيم

Sedarkah kita?

Kadangkala saban hari kita dihadapkan dengan pelbagai manusia yang susah dan memerlukan bantuan di sekeliling kita tetapi tidak kita sedari kewujudannya.

Kita dihadapkan dengan kawan-kawan yang mengikat perut menahan lapar, sering beralasan 'sudah makan' setiap kali mengajaknya keluar tetapi sedikit pun tidak terdetik di hati kita kesusahan yang menimpa sahabat kita saat itu.

Kadangkala kita dihadapkan pula dengan golongan yang meminta sedikit simpati, menghulur tin-tin kosong mahupun mangkuk plastik memohon wang sekadarnya sahaja bagi mengisi perut mereka tetapi tetap sahaja dikeraskan hati kita dari berkongsi sedikit rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Fikir kita, mereka ini penipu, ada sindiket di sebalik mata yang meminta dikasihani.

Kadangkala, saban hari kita melintasi masjid, tetapi tidak diluangkan sedikit masa menunaikan kefarduan solat secara berjemaah di sana. Kita lebih selesa menunaikannya bersendirian di bilik sendiri.

Kadangkala kita dihadapkan pula dengan teman yang begitu sukar menunaikan kefarduan seperti tidak bangun menunaikan solat Subuh dan fikiran kita pada waktu itu hanya menghukum, tidak pula memberi nasihat secara baik.

Pernah juga kadangkala kita terasa lemah dan tidak bersemangat meneruskan kehidupan sehingga berputus asa dan malas menjalani rutin harian dan kita hanya melayan sahaja rasa lesu dan malas tersebut.

Seringkali kita terjaga di malam hari tetapi akhirnya hanya memilih untuk melelapkan semula mata tanpa sedikit pun terdetik untuk mendirikan malam dengan solat-solat sunat, zikir atau bacaan Al-Quran.

Seringkali juga kita disajikan dengan khabar kebaikan insan lain bahkan mata kita sendiri kadangkala menyaksikan kebaikan orang tetapi sekadar terhenti dengan memuji dan mengaguminya tanpa kita berusaha sedikit pun menjadi sepertinya.

Seringkali juga sedang kita menikmati makanan, kita merasa terganggu dengan kehadiran kucing yang mengeow (betul ke istilah ni?) meminta makanan namun masih sahaja hati kita keras dari menghulurkan sedikit juadah yang terbentang di hadapan mata.

Banyak lagi kemungkinan yang seringkali kita alami tanpa sedar dalam kehidupan kita. Pasti sahaja kita pernah melalui detik-detik sebegini tanpa disedari dalam menjalani kehidupan seharian kita. Jika tidak kesemuanya, pasti sebahagian pernah kita alami.

Ketika kita mengalaminya berulang-ulang kali tanpa ada sekelumit pun untuk berbuat kebaikan, tiba-tiba datang satu hari yang membuatkan kita terbuka hati melakukan kebaikan dalam setiap situasi di atas.

Tiba-tiba sahaja hari itu terdetik niat di hati kita membelanja sahabat kita yang sering menahan lapar sedangkan sebelum ini, tidak pernah terniat walau sekali pun melakukannya.

Tiba-tiba sahaja terdetik niat di hati menderma membuatkan tangan kita mengisi setiap tabung derma yang wujud di laluan perjalanan kita.

Credit to : https://lh3.googleusercontent.com/-re45jDxetrA/VcgZjchvpQI/AAAAAAABWFI/JT9rqyHKV-Q/w800-h800/Dahsyatnya-Sedekah-di-Bulan-Ramadhan.jpg
Tiba-tiba sahaja hari itu kita melintasi masjid dan terus menunggu masuk waktu solat Fardu sedangkan sebelum ini tidak pernah kaki kita dijejakkan ke sana walau pun azan sedang berkumandang menandakan masuknya waktu.

Sahabat kita yang kebiasaannya sukar bangun bagi menunaikan solat Subuh, tiba-tiba sahaja pada hari itu, terdetik niat kita menegur dan berbincang dengannya membincangkan masalah dan memberi jalan penyelesaian.

Muncul pula suatu hari saat kita berasa terlalu positif dan sangat rajin, berbeza dengan kemalasan yang biasa melekat pada diri.

Credit to : http://farm4.static.flickr.com/3448/3366355534_c9f649a83c.jpg
Suatu hari, kita mengunci loceng jam, berhasrat untuk bangun tika dinihari bagi menghidupkannya, berbeza dengan sebelum-sebelum ini yang telah terjaga tetapi memilih untuk terus tidur di atas katil.

Hadir pula satu masa saat kita mendengar kebaikan orang lain, segera kita berazam melakukan kebaikan sepertinya.

Credit to : https://i.ytimg.com/vi/7NcP-KZr7g4/hqdefault.jpg
Datang pula suatu detik kita mengasihani kucing yang sering dihalau menganggu kita ketika menikmati makanan dan diberi sedikit makanan yang sedang dinikmati.

Pernah kita terfikir tak dari mana datangnya rasa ingin berbuat kebaikan sedangkan biasanya tidak pernah terdetik pun melakukannya dalam situasi tersebut sedangkan banyak kali kita mengalaminya?

Diri kita sendiri?

Ketika menjalani detik-detik sebeginilah, saya teringat tazkirah yang pernah disampaikan senior saya di sekolah dulu,

"Saat itu hakikatnya Allah SWT menjentik hati kita, meniupkan hembusan kasih sayangnya untuk kita berbuat kebaikan. Saat itu, bukan kita sendiri yang menginginkannya melainkan tidak lain dan tidak bukan hasil rahmat dan kasih sayang Allah SWT."

Lebih kurang beginilah nasihat yang disampaikan. Masih sahaja tersimpan kemas dalam lipatan memori intipati nasihat ini.

Benarlah firman Allah SWT:
Surat Adz-Dzariyat ayat 55
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzariyat 51:55)

Walau ayatnya mudah, tetapi cukup bermakna dan memberi kesan mendalam pada diri saya sendiri. Saya belajar bahawa Allah SWT itu yang meniupkan rasa untuk kita berbuat kebaikan dalam kehidupan seharian kita.

Allah SWT jugalah yang memberi kita kekuatan untuk disempurnakan setiap kebaikan. Saat itulah saya mengambil keputusan menamakan blog ini dengan nama 'Hembusan Illahi'. Setiap kebaikan yang dilakukan hadir dengan sebab hembusan yang saya namakan sebagai hembusan dari tuhan, hembusan Illahi.

Allah SWT yang 'menjentik' hati kita sehingga terdetik berbuat kebaikan dan mencampakkan kekuatan untuk kita menyempurnakan kebaikan tersebut.

Saya juga berharap para pembaca setia blog ini dapat memanfaatkan setiap 'hembusan' yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita untuk melakukan kebaikan. Moga-moga kita menjadi golongan yang apabila mendengar kebaikan, tidaklah terhenti sekadar mengagumi, bahkan turut meniru jejak langkah kebaikan tersebut.

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar 39:18)

والله أعلم

Monday, December 26, 2016

Kepahitan yang Menambahkan

بسم الله الرحمان الرحيم

Saya menarik nafas, berehat seketika cuba menghadam 'Tuan Direktur' karya Pak Hamka. Ya, sudah lama diam duduknya buku ini di rak yang terletak di ruang tamu rumah ini, namun baru beberapa hari ini berkesempatan membacanya. Terasa perlu berehat seketika dalam musim peperiksaan, membaca buku-buku di luar silibus, menimba pengalaman dari tinta si penulis.

Mata saya tertumpu ke ruangan sudut bilik, kelihatan beg komputer riba di situ. Pantas saya bergerak ke arahnya dan tangan saya segera melaksanakan tugasnya. Gigi-gigi zip tersebut kedengaran jelas bersentuhan sesama sendiri. Zrap. Ya, rasanya lebih kurang begitulah bunyinya. Ternyata komputer riba saya di dalamnya.

Komputer riba ini mempunyai nilai sentimental bagi saya. Sejak 2008 ia menemani saya melaksanakan tugas-tugas di sekolah, tesis diploma[1] saya, sehinggalah tahun lepas sebelum saya menggantikannya dengan komputer riba yang sedang saya gunakan untuk menaip 'post' saat ini. Terlalu banyak gambar-gambar sewaktu saya masih aktif berpersatuan di sekolah, kampus diploma dan university sebelum membuat keputusan menyepi; saat awal sebelum mendaftarkan diri sebagai seorang PALAPES[2] dan banyak kenangan lagi.

Kenangan!

Itulah perkara yang ingin saya kongsikan saat ini. Pasti wujud pelbagai kenangan manis, pahit, suka dan duka yang hadir silih berganti mewarnai kehidupan kita.

Ada perkara yang terlalu ingin diingati tetapi ternyata akhirnya kita lupa sehinggalah terlihat foto-foto lama ataupun mengalami peristiwa-peristiwa tertentu. Ada pula perkara-perkara yang teringin dilupakan dan cuba dipadamkan dari kotak memori selama-lamanya tetapi ternyata perkara-perkara itulah yang sering singgah di minda, mengganggu ketenangan yang masih sahaja diusahakan wujudnya.

Ah, mengapa saja harus kenangan-kenangan ini kembali bermain-main di fikiran? Mengapa tidak harus hilang begitu sahaja segala-galanya?

Ya, mungkin persoalan-persoalan ini sering berlegar-legar di minda. Saya duduk seketika, mengambil masa untuk cuba menjawab persoalan-persoalan ini yang sudah lama difikirkan tetapi masih gagal memuaskan hati sendiri. Saya sedar, kadangkala kita memberontak, cuba memaksa segala-galanya berjalan mengikut aturan kita.

Mengapa kita sukar melupakannya?

1.    Kenangan-kenangan ini hakikatnya manis saat tiba sebagai tetamu dalam buku kehidupan kita sehingga di penghujungnya teringin dilupakan kerana kemanisan itu terhenti di pertengahan jalan, kepahitan pula mengganti tempatnya.
2.    Jiwa kita memberontak memaksa segala-galanya mengikut acuan rancangan yang direncanakan atau pun diidam-idamkan tetapi kita lupa bahawa kita hanya hamba, ada kuasa yang lebih hebat dan agung dalam menentukan segala-galanya. DIAlah yang Maha Bijaksana, Allah SWT. Amalkan zikir ‘لا حول ولا قوة إلا بالله’ – Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuatan dan izin Allah SWT.
3.    Kenangan-kenangan inilah yang banyak mengajar kita erti kehidupan dan membentuk diri kita pada hari ini.

Akhirnya, kita sedar, bahawa kenangan-kenangan ini telah banyak mencorak diri kita menjadi seorang manusia pada hari ini.

Kita kena sedar, kenangan –kenangan tidak mungkin dapat dilupakan, bahkan akan terus diingati dalam mengukir ketabahan sekeping hati. Suatu hari, pasti diri kita akan belajar meneruskan kehidupan dalam kepahitan kenangan, tidak lagi terus menyepi dan ‘membunuh diri’[3] sendiri.

.................................................................................................................................................

Kenangan,
Saban hari aku mengharapmu pergi,
Saban hari kucuba memadammu dari memori
Mengapa masih sahaja engkau berdiam di sini?

Kenangan,
Terima kasih kudahului,
Atas segala pengajaran yang diberi,
Moga terus aku dipandu Ilahi,
Diberi ganti atas rugi.

Mengapa harus aku bergantung padamu?
Sedang hari ini hadiah buatku
Mencipta kemungkinan bagi esok yang belum tentu.

....................................................................................................................................................

Pernah saya mengimpikan melanjutkan pelajaran ke luar negara, khususnya timur tengah tetapi tidak semua impian mampu dicapai. Jika mampu dicapai sekalipun, tidak semua perlu ditunai menimbang tara segala kewajipan.

Saya ingin kongsikan beberapa gambar yang pernah dikongsi oleh bekas sahabat saya yang menuntut di timur tengah, pernah menjadi sahabat yang banyak mengajar erti kehidupan, yang banyak mengajar meredakan baran, yang banyak mengajar hati dan naluri seorang insan bernama perempuan.

Ingin saya dedikasikan gambar-gambar ini kepada sahabat, moga terus kuat dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih atas kenangan yang dicipta dalam membentuk seorang Muzahfar pada hari ini.



Gambar semasa sahabat saya ke kem pelarian Syria:

 











Pengalaman memasak makanan tempatan di negara orang:












Memandangkan kami suka membaca, dikongsikan juga gambar-gambar perpustakaan di sana:



Kesimpulannya, tidak perlu menyalahkan kenangan, bahkan hiduplah berteman dengannya walau kadangkala ia menyakitkan. Kenangan pasti akan menjadi pengalaman yang mengajar erti kehidupan. ‘Come on’ lah kawan-kawan, bukankah masih banyak perkara perlu diberi perhatian? Bukankah masih banyak masalah perlu diselesaikan? Bukankah masih punya kehidupan yang perlu diteruskan?

والله أعلم



[1] Kerja wajib bagi kami penuntut diploma Darul Quran JAKIM. Pendapat peribadi saya, saya lebih suka menggelarkannya kertas kerja atau disertasi. Tajuk kertas kerja saya ialah ‘Peranan dan Tanggungjawab Wanita dalam Gerakan Dakwah : Suatu Kajian Terhadap Pelajar Darul Quran’. Mungkin dalam ‘post’ lain saya akan berkongsi sedikit mengenainya.
[2] PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Angkatan Tentera Malaysia atau dikenali juga sebagai ROTU (Reserved Officer Training Unit). Boleh cari dalam internet untuk maklumat dan sejarah penubuhannya
[3] Kadangkala kita bukan membunuh diri, tetapi membunuh potensi diri. Melarikan diri dari kehidupan dan mencipta dunia sendiri. Kita lari dari sahabat-sahabat dan teman, lari dari persatuan dan akhirnya membunuh potensi yang wujud dalam diri kita sendiri.

Sunday, December 18, 2016

Agama hanya beban!?

بسم الله الرحمان الرحيم

Saat terbitnya perkataan 'agama' atau 'Islam' dalam fikiran kita, masih ramai di antara kita akan berasa seperti kaku dan keras seolah-olah agama ini mengongkong dan mengawal kita secara paksaan.

Tidak timbul niat di hati kita untuk melawan atau memberontak, apatah lagi mempersoalkan agama dan ketuhanan tetapi kadangkala timbul sekelumit perasaan menganggap bahawa agama sebagai satu bebanan, terasa beban berat datang menghimpit dan menyesakkan dada.

Pasti ramai di antara kita akan menafikan tetapi hakikatnya kita tidak dapat menipu diri kita sendiri. Buktinya, sebagai contoh, lihat sahaja apabila soal jihad dilontarkan kepada kita, akan terasa seakan satu benda berat tergalas di pundak; terasa terlalu banyak untuk otak kita mencerna dan memproses maklumat.

Atau lihat sahaja diri kita saat lambakan tugas seharian perlu diselesaikan sehingga tiada masa buat diri kita sendiri, bagaimana attitud kita terhadap solat saat azan usai dikumandangkan tetapi kita sedang berada di kemuncak pelaksanaan tugas?

Tidak perlu kita menjawab persoalan-persoalan ini, lihat sahaja perasaan yang terbit jauh dari lubuk hati kita. Apakah terasa agama ini membebankan atau seronok melaksanakannya?

Lantaran itu, satu persoalan lain harus dilontarkan kepada diri kita, di mana silap kita?
Mengapa terasa berat melaksanakan suruhan agama walau hakikatnya kita tidak berniat berasa begitu?

Persoalan-persoalan inilah yang sering menelusuri serebrum otak saya saat saya duduk bersendirian. Saya memikirkannya bertahun-tahun lamanya sejak menuntut di sekolah menengah lagi. Sepanjang beberapa tahun ini, hanya sedikit sebab yang saya temukan berdasarkan pendapat saya sendiri:

1. Minda kita hanya mengaitkan agama dengan soal hukum-hakam; antara halal dan haram terutamanya para pelajar Syariah, Fiqh, dan Usul Fiqh.

Hakikatnya, Islam ini bukan semata-mata tentang hukum tetapi turut merangkumi soal etika(akhlak) dan kepercayaan (aqidah). Inilah yang menyempurnakan Islam itu sendiri dan menjadikannya sebagai satu agama yang lengkap dan indah. Jika kita memikirkan soal hukum semata-mata tanpa dikaitkan dengan dua lagi elemen penting Islam itu sendiri iaitu akhlak dan aqidah, nescaya tempanglah sisi kemanusiaan yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Saya berikan beberapa contoh perkara-perkara yang halal di sisi Islam, tetapi hakikatnya nampak buruk dan jelik dilakukan penganutnya tanpa kita sedar Allah SWT mendatangkan panduan bersama-sama hukum yang dilontarkan.

Contoh 1:
Seorang anak mengahwini bekas emak tirinya setelah ayah kandungnya sendiri menceraikan emak tirinya sebelum berlakunya percampuran suami-isteri[1] antara ayah dan emak tiri.

Ya, perkara seperti ini halal namun tergamakkah seorang anak mengahwini bekas isteri ayahnya dalam keadaan ayahnya masih hidup?
‘Common sense’ inilah yang saya panggil sebagai akhlak.

Contoh 2:
Isteri : Jika saya tidak menyusukan anak kita, abang pasti akan membeli susu tepung buat anak kita bukan?

Suami : Eh, sayang ni. Mestilah, kenapa sayang tiba-tiba tanya abang macam tu?

Isteri : Tak delah. Kalau susu tepung abang sanggup bayar dengan duit, kenapa tidak abang memberi upah sahaja susu yang diberikan oleh saya kepada anak kita? Susu ibu kan lebih baik untuk antibodi bayi. Kalau abang tak sanggup bayar, saya takkan menyusukan lagi anak kita!

Suami : Aik?


Dialog di atas hanyalah rekaan yang dibincangkan semasa kelas Fiqh Zakat kami.Semasa kelas Fiqh Zakat bersama-sama Dr. Sabri Zakaria, dihuraikan tentang nafqah dan timbullah persoalan nafqah anak itu kewajipan mutlak bagi siapa? Adakah suami seorang? Atau bersama-sama isteri? Maka diterangkan bahawa kewajipan si suami sehinggakan jika si isteri meminta upah dari susu yang diberikan, maka perkara itu dibenarkan tetapi tergamakkah seorang isteri menyusahkan suaminya sendiri?
Ini juga dinamakan sebagai akhlak. Takkanlah untuk anak sendiri masih mahu berkira-kira bukan?

Contoh 3:
Suami memaksa isteri melakukan pergaulan dalam keadaan tidak rela atau ada sesetengah pihak menganggapnya sebagai merogol isteri.

Wujudkah istilah merogol isteri? Perkara inilah yang sering diperjuangkan para pendukung fahaman feminisme dan wanita-wanita Islam lainnya.

Halal ke? Ya, tetapi suami tersebut tidak sempurna keislamannya disebabkan kurangnya akhlak dan tadabbur pada ayat Al-Quran yang mengajar supaya mencampuri isteri itu dengan cara yang baik, bukannya keras melalui paksaan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ
“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik." (Surah al-Nisa' : 19)[2]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - hadis riwayat al-Tirmizi.

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." - hadis riwayat al-Tirmizi.

Cukuplah contoh yang diberikan setakat ini. Masih terlalu banyak hakikatnya halal dari sudut hukum tapi bercanggah dengan akhlak yang diajarkan Nabi Muhammad SAW sedangkan baginda utusan Allah SWT; baginda lebih memahami urusan agama lebih dari kita sendiri.

Penyelesaian untuk isu ini ialah, janganlah kita menganggap bahawa agama ini hanya soal hukum, hayatilah juga keindahannya melalui akhlak baginda SAW, nescaya hilanglah rasa berat saat ingin melaksanakan segala suruhan dan larangan Allah SWT.

2. Punca kita merasakan bahawa agama itu berat kerana kita tiada ‘passion’ dalam melakukannya. Banyak riwayat menceritakan bahawa para sahabat R.Anhum menemukan kerehatan dalam ibadah khusus yang dilakukan seperti solat bukan sebgai beban yang membazirkan masa dan tenaga.

Jika kita boleh mengangkat filem ‘3 Idiots’ sebagai satu filem yang baik lantaran Phunsukh Wangdu[3] mengajar kita mencari ‘passion’ dalam menuntut ilmu, mengapa tidak kita menemukannya dalam kehidupan beragama?

3. Kita hanya mengambil Islam dari sudut yang menguntungkan kita.

Hari ini kita berbangga lahirnya gelombang dalam masyarakat kita yang mula menerima Islam secara besar-besaran sehinggakan saya dapati hampir semua perkara yang ada nama Islamik, sangat mendapat tempat. Wujudnya Ustaz PC, Kedai Ustaz, Ustaz Love dan segala jenis produk yang dijenamakan dengan jenama Islam termasuklah produk-produk bank Konvensional yang mula menawarkan akaun yang Islamik.

Kita berasa bahawa pihak bank yang kadangkala terdiri dari orang kafir mahupun orang Islam itu sendiri menerima hukum Islam tetapi hakikatnya tidaklah mereka melakukannya melainkan perkara itu menguntungkan mereka. Macam mana tu?

Dalam sistem muamalat Islam, HARAM bagi pihak bank memberikan imbal balik kepada pendeposit. Jika pendeposit hanya menyimpan RM55 dalam akaun simpanan, maka hanya sebanyak itulah yang boleh dikeluarkan tanpa bertambah satu sen pun. Pelik mengapa diharamkan?
Tidak sebenarnya kerana ia membawa riba’. Riba’[4] perlu difahami dengan maksud sebenarnya bukan yang hanya difahami dalam masyarakat Melayu kita. Boleh rujuk di nota kaki.

Apa yang menguntungkan pihak bank melalui akaun Islamik?

Mudahnya begini. Bank membuat keuntungan melalui pendapatan mereka termasuklah kita yang mendepositkan simpanan di dalam bank mereka melalui saham semasa.

Jika akaun konvensional, para pendeposit akan diberi sedikit imbuhan atau insentif ke dalam akaun simpanan mereka setiap tahun mungkin dalam 2% ke 5% berbeza-beza mengikut bank berbeza dengan akaun Islamik yang tidak dibayar kerana tidak boleh, diharamkan.[5]

Begitu juga kita sebagai manusia, mengambil agama ini dari sudut yang menguntungkan kita sehingga kita terasa segala suruhan Allah SWT dalam perkara yang mungkin memenatkan kita sebgai beban bukan sebagai satu suruhan cinta Allah SWT demi kebaikan diri kita.

والله أعلم




[1] (persetubuhan - saya lebih suka menggunakan istilah percampuran/pergaulan suami-isteri daripada perkataan melakukan seks atau persetubuhan atau jima'. Hal ini saya pelajari dari Dr. Muntaha yang sering mengungkapkan lafaz 'معاشرة الزوجية' yang bermaksud percampuran suami-isteri dalam kelas-kelas beliau. Beliau merupakan pensyarah saya bagi dua subjek setakat ini iaitu Adillat al-Ahkam dan Mabahith Turuq Al-Istinbat) 

[2] Menurut ath-Thabari, yang dimaksudkan bi al-ma‘rûf adalah dengan segala hal yang diperintahkan syariah dalam mempergauli mereka, yakni dengan menunaikan hak-hak mereka.  - Beberapa mufassir menyatakan bahwa ma‘rûf adalah bersikap adil dalam giliran dan nafkah; memperbagus ucapan dan perbuatan. - Al-Jaziri berpendapat ma‘rûf sebagai tindakan yang adil dan ihsân. -  Asy-Syaukani menyatakan, semuanya berbeza-beza, bergantung pada kemampuan suaminya; dari segi kekayaan, kemiskinan, ketinggian, dan kerendahannya.

Walaupun ayat ini menerangkan dari sudut lain, harus difahami juga bahawa suruhan utama Allah SWT dalam ayat ini ialah melayan isteri dengan baik
[3] Watak yang dilakonkan oleh Amir Khan dalam filem tersebut da nada beberapa video yang viral bahawa watak itu hakikatnya memang wujud di dunia nyata dan dia memiliki sekolahnya sendiri
[4] Riba’ bukan sahaja pihak yang berkelebihan (sebagai contoh : pemberi hutang) tetapi tetap juga menjadi riba’ jika pihak yang kurang berkemampuan (sebagai contoh : pemiutang) mendapat wang yang berganda-ganda.
[5] Para fuqaha’ masih membincangkan isu ini secara terperinci, masih tiada pendapat yang jelas mengenai hukum pihak bank memberi imbal balik kepada pendeposit kerana asal pengharaman riba’ disebabkan ia memudaratkan dan menzalimi tetapi hakikatnya pihak bank membuat keuntungan bahkan jauh berlipat kali ganda dari bank konvensional. Ada ulama’ berpendapat bahawa isu ini perlu dilihat semula kerana mungkin jauh berbeza dengan simpanan yang wujud di zaman baginda SAW dan para sahabat R.Anhum ajma’in.

Tuesday, December 6, 2016

Permulaan

بسم الله الرحمان الرحيم

ٍSuatu masa kita akan sedar, manusia tidak akan pernah menghargai sesuatu walau telah dikorbankan segala-galanya termasuklah masa, nyawa dan seluruh kehidupannya.

Walau sahaja dihinakan dirinya sendiri untuk meraih perhatian orang yang disukai, ternyata akhirnya si kekasih hanya akan memilih untuk menjauhkan diri.

Kehidupan ini penuh dengan misteri.

Sesuatu perhubungan yang disertakan hasrat murni untuk menyatukan dua hati akhirnya berkesudahan menjauhkan hati tersebut bahkan belajar untuk saling membenci.

Ada orang yang tegas memelihara soal ikhtilat, memilih jalan 'baitul muslim jemaah' atau persatuan yang diikuti tetapi akhirnya dikecewakan oleh salah satu pihak.
Permulaan yang baik tetapi pengakhiran yang sangat menyedihkan.

Ada pula orang yang asyik dengan 'couple' tetapi akhirnya tetap Allah SWT menyatukan mereka di jinjang perkahwinan.
Permulaan yang tidak bertunjangkan syariah (jika diambil pendapat para ustaz dan ustazah) tetapi akhirnya berkesudahan yang baik dan patuh syariah.

Pernah kita terfikir tak?

Mengapa kadangkala orang yang tidak Islamik sebegini, tidak pernah mengenal istilah baitul muslim jika dilihat rumah tangga yang dibina jauh lebih bahagia dari orang yang bermula dengan cara yang baik tetapi tetap sahaja menatijahkan penceraian?

Semasa kelas Fiqh Zakat semalam, diceritakan kepada kami oleh Dr Sabri Zakaria bahawa ada pelajar perempuannya datang mengadukan masalah rumah tangganya kepada beliau. Pelik bukan? Pelajar ilmu wahyu, berkopiah dan bersongkok di kepala, bertudung labuh dan berpurdah yang bermula dengan cara yang baik akhirnya akan menghadapi masalah dalam rumah tangga yang dibina?

Lalu, beliau hanya menasihatkan,
"النكاح وسيلة لزيادة الثواب ليس وسيلة لزيادة الذنوب"
Perkahwinan itu wasilah untuk menambahkan pahala, bukan menambahkan dosa.

Inilah misteri kehidupan. Ada sesuatu yang Allah SWT ingin kita belajar dari pengalaman hidup diri kita sendiri dan orang-orang di sekeliling kita.

Kita kena sedar bahawa manusia tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Persoalannya, adakah kita memilih untuk membetulkan kesilapan itu atau terus lari menjauh dari kesilapan?

Kedua-duanya benar dan tidak salah. Mungkin sahaja golongan ustaz dan ustazah memilih jalan kedua kerana bagi mereka, dosa itu harus ditinggalkan terus dan harus mendekat orang baik-baik sahaja supaya simpang kehidupan mereka kembali lurus menuju Ilahi.

Mungkin ada juga seperti saya memilih persimpangan pertama membetulkannya sedikit demi sedikit sehingga akhirnya kembali bertemu Tuhan. Jika manusia yang baik hanya memilih untuk duduk dalam kalangan mereka, bagaimanakah seruan dakwah dapat disampaikan? Bagaimana dengan orang yang tidak pernah mengenali jemaah Islam dan tidak pula mempelajari ilmu agama dapat mengenal Tuhan kita semua sedangkan permulaan agama itu mengenal Allah SWT?

'أول الدين معرفة الله'
Permulaan bagi agama itu ialah mengenal Allah.

Manusia punyai akal dan pilihan atas kudrat yang diberikan Allah SWT atas mereka, kita tidak akan pernah boleh memaksa untuk orang lain berpegang teguh dengan pendapat kita. Walau kadangkala kita akan terseksa dengan pilihan orang lain yang mengakibatkan diri kita turut terkesan, hanya satu sahaja kita perlu lakukan; bersabar.

Kedua, masalah dan manusia tidak boleh dipisahkan walau sebaik mana dan sebagus mana cara dan pendekatan kita. Allah SWT mahu mengajar kita bahawa perhubungan itu harus dibina atas toleransi dan perbincangan kedua-dua pihak yang punyai perbezaan masing-masing.

Masalah tetap sahaja akan timbul dalam perhubungan ustaz dan ustazah, tetap sahaja akan timbul selepas pernikahan melalui wasilah baitul muslim tetapi bagaimana cara pasangan tersebut menghadapi masalah?

Melarikan diri melalui perpisahan, talak atau khulu'?
Ya, pilihan terletak di tangan pasangan tersebut sendiri.

Dalam kitab Shahih Muslim disebutkan bahwa Ummu Salamah mengatakan: aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:
“Tidaklah seorang hamba ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan: innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’un. Ya Allah, berikanlah pahala dalam musibahku ini dan berikanlah ganti kepadaku yang lebih baik darinya; melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya dalam musibah itu dan memberikan ganti kepadanya dengan yang lebih baik darinya.” Kata Ummu Salamah, ketika Abu Salamah meninggal, maka aku mengucapkan apa yang diperintahkan Rasulullah kepadaku, maka Allah Ta’ala memberikan ganti kepadaku yang lebih baik dari Abu Salamah, yaitu Rasulullah A. (HR. Muslim)


Ketiga, Allah SWT mahu mengajar kita bahawa semakin kita menghinakan diri kita di hadapan manusia yang lainnya atau mengorbankan segala-galanya untuk mereka, belum tentu manusia akan menghargainya walau sekelumit pun.

Tetapi, semakin kita menghinakan diri di hadapan DIA, semakin kita disayangi dan dicintai. Bagaimana kita mengetahuinya? Dengan ketenangan yang wujud di dasar hati, dengan rasa ihsan yang merasakan diri sentiasa dilihatNYA atau sentiasa merasakan bahawa kita sentiasa bersama-samaNYA dalam setiap langkah kehidupan.

Inilah misteri kehidupan yang wujud saban hari dalam kehidupan kita.

Jangan bersedih dan ditangisi diri kita yang disisihkan dan dipandang hina oleh orang lain, bersedihlah jika selepas segala musibah yang terjadi, hati kita masih sahaja tidak menemukan Allah, akal kita masih sahaja tidak mampu menafsir hikmah di sebalik ketentuan.

Suatu masa, kita akan sedar, kadangkala berseorangan bukanlah bermakna kelemahan tetapi kekuatan untuk kita kembali bangkit dari rebah bagi mencari semula Tuhan.

Kepada yang pernah mengalami pengalaman ditinggalkan, carilah sebuah kitab Arab yang bertajuk 'العلماء العزاب الذين آثروا العلم على الزواج' - Ulama' yang membujang yang mendalami ilmu lebih dari pernikahan karangan Sheikh Fattah Abu Ghuddah.

Namun nasihat Dr. Muntaha dalam kelas kami, ulama' dulu membujang tetapi meninggalkan pelbagai khazanah ilmu pada umat keseluruhannya tetapi mampukah kita?
Pelbagai kitab, risalah dan karangan ditulis oleh mereka untuk keseluruhan umat. Bagaimana pula dengan kita?

Jika tidak mampu, maka bernikahlah. Sekurang-kurangnya bernikah itu suatu sunnah yang dapat diikuti. Jika tidak; sunnah menyebarkan ilmu tidak dicapai, sunnah bernikah pun tiada.

Cuma, saya mencadangkan buku ini kerana buku ini dapat menguatkan semangat kita untuk menelusuri kehidupan para ulama' dalam menuntut ilmu sehingga akhirnya mereka menjadi ulama' besar di zaman mereka. Ya, walau diri mereka tidak berteman, walau tiada 'first lady' yang menyokong di belakang mereka.

Motivasi mereka? Allah SWT dan Rasul SAW. Ada juga yang tidak bernikah semata-mata demi menjaga keluarga tetapi lihatlah kesudahan mereka, ulama' besar yang memberi manfaat buat umat.

Jangan dirasakan perpisahan penghujung kepada kehidupan tetapi lihatlah sebagai permulaan untuk lebih sibuk dengan kegiatan ilmu seperti pembacaan dan pembelajaran.

Akhir sekali kita akan sedar bahawa dengan ilmu bagi meraih keredaan Tuhan akan menjadi penawar parut di dalam hati bagi sesebuah perhubungan.

Bersabarlah dan tersenyumlah.

Wednesday, April 20, 2016

Tidak tiba suatu hari....

Tidak tiba suatu hari melainkan 5 malaikat akan turun:


Di Mekah & berkata,"Ingatlah siapa yang meninggalkan kewajipan terhadap Allah,maka dia terlepas daripada rahmat Allah."


Di Madinah & berkata,"Ingatlah siapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah S.A.W.,maka dia akan terlepas daripada syafaatnya."


Di Baitul Maqdis & berkata,"Ingatlah siapa yang makan harta haram,maka tidak akan diterima semua amalannya."

Di kubur kaum Muslimin & berkata,"Hai ahli kubur!Apakah yang kamu inginkan & apakah yang kamu sesalkan?"
Maka ahli kubur akan menjawab,"Kami menyesal kerana tidak dapat menambah amal & atas umur kami yang dahulu dibuang begitu sahaja.Dan kami berasa iri hati dengan orang yang selalu solat berjemaah,membaca Al-Quran,berselawat kepada Rasulullah S.A.W. & beristighfar sedangkan kami tidak dapat berbuat semua itu."

Di pasar kaum Muslimin & berkata,"Hai Manusia!Tenang-tenanglah!Sebab Allah
itu menentukan balasan hukuman,maka sesiapa yang takut dengan pembalasan hukuman Allah;harus segera memperbaiki dirinya & bertaubat daripada dosa-dosanya."

Liqa' Nuqaba' ke-3/2010



 

Persoalan Hati dan Jodoh.

Asslamualaikum w.m.t.
Dengan nama Allh yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang....
Hajat di hati ingin mengupas persoalan ini pd 14 Februari yg lalu tp apakan daya,internet connection sy mengalami gangguan dan kajian sy juga masih belum tamat..Apa2pun,Alhamdulillah,hari ini sy berkesempatan utk menulis ttg persoalan hati dan jodoh..
Persoalan cinta tidak pernah lari dari kehidupan seseorg individu terutamanya insan yg bergelar remaja...
Cinta..
Satu perkataan yg meniti dari bibir ke bibir setiap insan tp adakah mereka benar-benar faham dan tahu pengertian cinta?Inilah persoalan yg ingin saya kupas...

Masyarakat hari ini menganggap bahawa bercinta perlu melalui sesi perkenalan,berpacaran dan barulah tiba di gerbang perkahwinan..Adakah benar persepsi ini menurut Islam?Mari sertai saya dalam kembara mengupas persoalan ini berdasarkan nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah...Apa tunggu lagi?Ayuh kita mulakan perjalanan..


Setiap org ingin mencintai dan dicintai...Itu fitrah manusia yg dijadikan Allah..


"Katakanlah (Wahai Muhammad):Jika kamu menyintai Allah,maka ikutilah aku,nescaya Allah akan mengasihimu"
(Surah Ali-Imran 3:31)

Allah telah berfirman dalam ayat di atas bahawa sekiranya kita benar-benar cinta akan Allah,hendaklah kita mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W.Ini bermakna,cara bercinta menurut Islam pertamanya WAJIB mencintai Allah dgn mengikuti Rasulullah S.A.W.Ini bermakna,kita juga WAJIB mencintai Rasulullah S.A.W. kerana hanya dgn mencintai Rasulullah,barulah kita akan senang mengikut sunnah Rasullullah S.A.W.Itu syarat yg pertama..
Allah juga telah berfirman,

"Dan janganlah kamu MENDEKATI zina,Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg jahat(yg membawa kerosakan)"
(Surah Al-Isra' 17:32)

Syarat yg kedua,HARAM bagi kita MENDEKATI ZINA...
Allah melarang kita MENDEKATI ZINA apatah lagi melakukannya...
Persoalannya,apa yg MENDEKATKAN diri kita kepada zina?

Jawapannya mudah,Couple..
                   Memang tidak boleh disangkal lagi bercouple mendekatkan diri kita dengan zina..Mula-mula berkenal-kealan katanya..Dah lama-lama,mula keluar ayat-ayat bunga..Saat itu,semua dirasakan indah...Biarpun makan,tidak pernah berasa kenyang,biarpun mandi,tidak pernah basah..Tidur pun tak lena..Sehari tak berjumpa seolah-olah setahun tak jumpa...Hati tak keruan,fikiran kacau-bilau..Semuanya kerana dah jatuh cinta katanya..Dah lama-lama mulalah nak berdua-duaan..Tangan mula tidak menentu,pegang sana,pegang sini...Akhirnya,mulalah projek..Si jejaka minta atas alasan cintakannya,si gadis pula beri penuh rela..Katanya sebagai tanda cintakan si jejaka..Itulah episod percintaan sehari-hari dalam kehidupan hari ini...Adakah ini cinta?Jawapan saya tidak..Definisi cinta yang terlalu ruhi dan suci dicemarkan oleh golongan seperti ini...Ini bukan cinta teman-temanku...
                
                                Ada pula,golongan pendakwah muda ni mengHALALkan couple ni..Mereka tahu couple tu HARAM tp apabila mereka bercouple,tiba-tiba hukumya jadi HALAL..Pelik..Kadang-kadang,ada antara mereka yang melaungkan couple itu HARAM,tapi tiba-tiba hukumnya HALAL apabila mereka bercouple..Alasannya,ISLAMIC COUPLE..Alasannya,tidak pernah berjumpa..Sekadar chat dan main mesej sahaja..Kalau berjumpa pun,tidak berdua-duaan..Pasti akan diajak orang lain datang berteman..Mereka lupa zina hati yang mereka lakukan.. Mula-mula memanglah saling bertazkirah,lama-lama mulalah keluar ayat 'Ana uhibbuka(Saya cintakan awak)' atau 'Ana uhinnuka(Saya rindukan awak)'..Ceh,bahasa Arab,Islamik lah katakan...Mereka tidak sedar mereka mula MENDEKATI ZINA..

"Macam mana pulak tu,bukannya kami berjumpa pun..Macam mana pulak kami mendekati zina??"

Memanglah kamu tidak pernah berjumpa masalahnya betul ke kamu chat,main mesej semata-mata kerana Allah?Tidak bukan..Dalam 10 minit telefon,mungkin 1 minit je sesi bertazkirah..Selebihnya LAGHAH(Sia-sia)..Betul bukan?Tidak perlu dinafikan..Pengalaman benar-benar telah mengajar erti kehidupan..Itulah hakikat Cinta Si Pendakwah Muda..

           Nasihat saya,hentikanlah couple Wahai Pendakwah Muda..Kamu adalah aset Islam,jangan persia-siakan..Jangan terikut-ikut nafsu dan syaitan krn mereka sentiasa mencari cara MEGHALALKAN APA YANG HARAM...Saya nasihat kerana saya pun pernah buat..Apabila saya sedar,saya menangis teresak-esak mengenang kesilapan..Jadi,ambillah iktibar dpd sejarah lalu...Jangan jadi seperti saya..Clash sajalah..Cakap baik-baik dgn couple kamu dan jgn lupa ayat ini 'Reda Allah atau reda manusia yg kamu cari?'Jadi,fikir-fikirkanlah...

Jadi macam mana kita nak jauhi couple ni?

Mudah sahaja,mari kita fahami hakikat sebenar percintaan dan jodoh...

Dalam Islam,sebelum kita mencintai makhluk,kita WAJIB mencinta Sang Penciptanya..
Selepas itu,kita WAJIB mencintai kekasihNya..
Kemudian,ibubapa dan guru-guru kita..
Akhirnya,barulah orang lain..


                  Bagi saya,cinta kepada orang lain itu tidak wujud kecuali apabila tali perkahwinan telah diikat..Hanya selepas sah bergelar suami isteri,barulah cinta itu wujud...No Love Until Akad..Satu prinsip yang masih kuat mengakar dalam diri saya..Kerana itulah saya tidak pernah mengenal erti couple lagi..

Nak tahu tak kenapa saya masih boleh bertahan dengan tidak bercouple?
Nak,bagus,bagus,bagus..Terima kasih..Berikut ialah sebab mengapa saya tidak bercouple:

1.Couple hanya MEMBAZIR..

"Sesungguhnya orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan,sedang syaitan itu adalah makhluk yang sangat kufur terhadap tuhannya"
(Surah Al-Isra' 17:27)
Bagi saya,couple membazir masa,wang dan tenaga...Bila bercouple,kena jaga hati,ayat berbunga-bunga,beli hadiah,dating dan macam-macam lagi...Daripada saya habiskan wang untuk perempuan yang belum tentu jadi isteri saya,baik saya belanjakan untuk hal-hal  yang lebih berfaedah ataupun untuk keluarga saya.Lagi bagus...Bukankah membazir itu amalan yang dilarang oleh Allah?

2.Setiap orang ada jodoh masing-masing.

"Kalau jodoh tak kemana"
Begitulah sedikit sebanyak bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Saloma berjudul 'Kalau Jodoh Tak Ke Mana'.
Kalau difikir-fikirkan memang betul..Kita boleh lihat kepada realiti hari ini yang menyaksikan berapa ramai yang bercinta bagai nak rak,last-last tak berkahwin pun..Ada juga yang sampai ke gerbang perkahwinan tapi tak sampai 2 ke 3 tahun bercerai.Berapa ramai juga yang tidak pernah berkenalan,last2 kahwin..Bahagia pulak tu sampai ke anak cucu..Jodoh tu takkan ke mana-mana..Pi mai pi mai tang tu gak..So,buat apa nak couple?

3.Percaya dengan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik(pula)"
(Surah An-Nur 24:26)
Saya percaya bahawa kalau saya menjadi baik,Allah akan beri saya perempuan yang baik...Kalau Allah dah janji nak beri,mengapa perlu saya risau?Mengapa perlu saya bercouple?

4.Setiap benda itu diciptakan Allah berpasang-pasangan.

"Maha Suci Tuhan yang menciptakan makhluk-makluk berpasang-pasangan,sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi,atau dari diri mereka,ataupun dari apa yang TIDAK MEREKA KETAHUI"
(Surah Yasin 36:36)
Allah dah jadikan setiap benda itu berpasang-pasangan..Ini bermakna kita juga ada pasangan kita masing-masing.Jadi,apa nak dirisaukan,masa akan menentukan segala-galanya...

"Habis macam mana pulak orang yang tak kahwin-kahwin sampai dia mati?Bukankah itu bermaksud dia tiada                     pasangan?"

Ahaha..Sabar dulu teman..Lupakah kita dunia ni sementara sahaja..Kalau tiada jodohnya di dunia,di akhirat sanalah,teman..Bidadari dan pelayan-pelayan sedang menunggu mereka..

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa(51)Iaitu di dalam beberapa taman syurga,degan mata air-mata air terpancar padanya(52)Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam;(mereka duduk di tempat perhimpunan)sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masig-masing)(53)Demikianlah keadaannya;dan kami jadikan teman mereka bidadari yang putih melepak,lagi luas cantik matanya(54)"
(Surah Ad-Dukhan 44:51-54)

"Siapa pula bidadari-bidadari ni?"



Aha..Dalam buku Temasya Ke Syurga,Ibnu Qayyim Al-Jauziyah mendefinisikan bidadari itu adalah wanita-wanita suci yang menyejukkan mata,menyenangkan apabila dilihat & menenteramkan hati pemiliknya.Akhlaknya baik,penuh dengan cinta dan umurnya sebaya.Dalam Al-Quran Allah berfirman,
"Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata),yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin"
(Surah Ar-Rahman 55:56)
Nak tahu lagi pasal bidadari?Check link ni:http://rolasvolt.wordpress.com/2010/07/16/bidadari-surga-dan-wanita/
Lgpun,kalau kita belajar Biologi ataupun Sains,kita akan dapati kejadian manusia ini hanya akan berlaku dengan percantuman sperma dengan pasangannya ovum..Aha..Kan betul kita dijadikan berpasang-pasangan..Allah tidak pernah menipu kita..Kita sahaja selalu menipu diri kita sendiri...





5.Sabar itu manis.

"Maka,bersabarlah dengan kesabaran yang baik"
(Surah Al-Maa'rij 70:5)
Pasti awak semua setuju jika saya katakan semakin susah kita mendapat sesuatu itu,semakin puas apabila kita berhasil mendapatkannya..Setuju bukan?Saya bagi satu analogi,kita nak beli sesuatu,sebagai contoh kereta idaman..Kita pun kumpullah duit sedikit setiap bulan..Setelah beberapa tahun,cukuplah duit simpanan kita,mesti rasa syok kan?Kita bersabar dengan mengumpul duit dan kita tidak mencurinya..Itu  sebenarnya satu kejayaan yang amat puas..Begitu jugalah cinta..Kita sabar sahaja dulu sehinggalah kita berkahwin..Mesti hubungan kita dengan suami/isteri akan lebih bahagia..InsyaAllah,saya jamin itu(walaupun saya belum berkahwin)..

6.Pertama kali itu paling BEST.

"Tak payahlah korang couple.Nanti,bila korang dah kahwin nanti tak rasa best sangat.Aku dulu ni boleh kata selalu couple sebelum kahwin.Biasalah,chat,mesej,tengok movie,dating masa dulu-dulu..Sekarang bila aku dah kahwin,dah macam tak best je..Bila aku keluar dengan isteri aku macam aku buat masa couple dulu dah tak terasa ape dah..Ye lah,cuba korang bayangkan,bila buat benda tu semua yang dah selalu aku buat,mesti terkenang peristiwa dulu-dulu..Ingat pulak kat awek first aku..So,better korang tak payah couple lah..Korang kahwin baru buat(jangan salah faham..Dia bermaksud dating,tengok movie,lunch,dinner) dengan isteri..Masa tu,mesti rasa best sgt..Ye lah,selalunya the first is the best"

Begitulah sedikit sebanyak kata-kata senior saya..
Memang betul pun,selalunya,benda yang paling kita ingat adalah pengalaman pertama kita..Sebagai contoh,pertama kali kita menang kejohanan.Begitu juga dengan bercinta.Cinta yang pertama adalah untuk suami/isteri kita.Kita yang tak pernah bercinta mesti rasa best sangat..Secara tidak langsung,semakin hari,perasaan kita pada suami/isteri kita semakin kuat.Jadi,perlukah kita bercouple?

Tepuk dada,tanya iman..Fikir-fikirkanlah..
Sebelum menamatkan kembara kita,saya sertakan hadis nabi dan sedikit doa..

"Cintailah seseorang yang kamu cintai sekadarnya sahaja,kerana boleh jadi ia menjadi orang yang kamu benci suatu hari nanti.Bencilah seseorang yang kamu benci sekadarnya sahaja,kerana boleh jadi ia menjadi orang yang kamu cintai suatu hari nanti."
(Diriwayatkan oleh Tirmidzi (1997) dpd Abu Hurairah R.A.
*Lihat Shahih At-Tirmidzi karangan Al-Albani(1625)

Sedikit doa.

Wahai Tuhanku!Sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta amal yang dapat membawa cintaku kepadaMu!
Wahai Tuhanku!Jadikanlah cintaMu lebih aku dambakan dari diriku,keluargaku dan air yang dingin.


Wahai Tuhan kami!Kurniakanlah kami isteri-isteri dan keturunan-keturunan yang yang menyejukkan mata dan jadikanlah kami pemimpin orang yang bertakwa..

Amin Ya Rabbal Alamin.

Yang baik itu datangnya dari Allah...Yang buruk itu hakikatnya dari Allah jua tetapi disebabkan kelemahan diri saya sendiri..Yang baik jadikan pedoman,yang buruk jadikan sempadan.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum W.M.T.
Wallahu A'lam..
Coretan kasih seorang insan...

Adilkah Allah?



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Dalam kehidupan ini,terlalu banyak persoalan yang timbul dalam minda kita terutamanya bagi remaja yang mula mencari identiti diri..Ketika umur sebeginilah,kita mula mempersoalkan pelbagai perkara..
Tatkala umur sebeginilah kita mula mempersoalkan aspek2 kerohanian dan kebenaran dalam sesuatu tindakan..
Jangan terkejut jika saya katakan,di Malaysia sahaja,betapa ramai yang mula mengeluarkan persoalan-persoalan sebegini:

1.Di manakah keadilan Allah?
2.Apa bukti Allah itu Maha Adil?
3.Kalau betullah Allah itu Maha Adil,kenapa tidak diciptakan semua orang sama nasibnya?
4.Bagaimana pula orang yang dilahirkan dalam keluarga kafir jika hanya Islam agama yang benar?Adilkah Allah sekiranya diciptakan setiap orang lahir dalam keluarga yang berbeza agama?

Hah!Apa anda nak jawab ye?Fikir,jangan tak fikir...

Tapi sebelum itu,izinkan saya melontarkan jawapan dari sisi insan yang tidak sedalam mana ilmu agamanya..Boleh ye?Mohon dibetulkan andai ada yang tersilap...

Saya buat artikel ini dengan cara bermonolog sendiri..Harap anda semua fahamlah ye..

Allah Tidak Mengubah Melainkan Kita Berubah
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." 
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

Dalam ayat ini,jelas Allah telah menerangkankan kpd kita bahawa Allah hanya akan mengubah nasib kita dengan syarat kita mahu mengubah keadaan kita..
Nak kaya,berjaya,pandai,bijak,pintar?
Senang je..Ubah cara hidup kita..
Usaha lebih gigih,tanpa mengira erti kegagalan..Selalunya,kegagalan itulah langkah kejayaan kita yang pertama..

"Habis,aku dah ubah gaya hidup aku,aku dah berusaha,berdoa tapi tak gak berjaya..Ape ko nak cakap?"

Sabar,kawanku..Jangan marah...Tenang dulu,biar saya terangkan...

UJIAN ORANG BERIMAN


Allah SWT. berfirman, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"  (Al ‘Ankabuut Ayat 2)

Allah kurniakan kita sakit sebagai satu ujian daripadaNya,Allah kurniakan kita sihat jua satu ujian daripaNya..
Jangan ingat,apabila perkara buruk menimpa,ia sesuatu yang buruk..Dan perkara yang baik,tak semestinya baik..Mungkin sahaja *istidraj..Mungkin buruk pada lahiriahnya tapi tidak pada batiniahnya..Sebenarnya kita harus rasa gembira kerana Allah kurniakan ujian daripadaNya agar kita tidak hanyut dalam arus kebatilan dunia.Itu tandanya Allah sayang pada kita..

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” (Al-Baqarah ayat 155-156)

"Ok.Habis kenapa Allah tak ciptakan semuanya sama sahaja.Kekayaan,kemiskinan?Kenapa harus ada yang menderita dan ada pula hidup senang-lenang?"

Kawan,cuba rilek dulu dan dengar penjelasan saya..

Hidup Saling Melengkapi


Allah tidak menjadikan harta itu menjadi hakmilik mutlak individu.Pada harta orang kaya itu,ada hak untuk keluarganya,kaum-kerabatnya,fakir miskin,dan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan..Jangan diingat,harta itu hakmilik mereka..Oleh itu,Allah menetapkan pengurusan harta dengan zakat,derma,sedekah,hadiah dan lain-lain lagi.Untuk apa?Untuk mengeratkan hubungan antara yang kaya dgn yang miskin,untuk mereka saling melengkapi.Nampak tak hikmahnya kawanku? 

Malahan,semakin banyak harta mereka,semakin sukar untuk mereka melepasi titian sirat sebagaimana seorang sahabat Rasulullah S.A.W.,Abdul Rahman B. Auf yg disabdakan Rasulullah bahawa beliaulah orang terakhir dalam kalangan sahabat yg akan merentasi titian sirat..Bukan sebab kurang baik,bukan pula tamak harta,malahan sangat dermawan tapi kerana harta,beliaulah sahabat terakhir melalui titian sirat..

Kalau begitulah kisahnya,tidak Adilkah Allah menjadikan sang miskin susah di dunia tapi mudah di akhirat manakala sang berharta senang di dunia tapi susah di akhirat?Kalau begitulah tidak adil,saya rasa anda perlu berfikir semula..

"Fine.Habis tu,macam mana lak orang yang dilahirkan dalam keluarga yang kafir?Kan not fair sebab dia lahir-lahir dah kafir.Berbeza dengan kita yang sememangnya dilahirkan dalam Islam?"

Persoalan itu jangan susah-susah difikirkan.Mudah sahaja saya menjawabnya.

Kunci Kebenaran Adalah Usaha

Sebelum saya menjawab,biar saya beri satu analogi dahulu..Jawab ye kawanku.

Soalan saya:Ada seorang lelaki,rambutnya sangat panjang,sungguh tak   
                  kemas.Dia berhasrat untuk menjadikan rambutnya pendek dan
                  kelihatan kemas tapi dia tak pergi kedai gunting 
                  rambut atau meminta sesiapa sahaja membantunya 
                  menggunting rambut ataupun mencari gunting bagi 
                  membolehkannya menggunting sendiri.Persoalan saya,adakah 
                  rambutnya akan pendek jika dia tak berusaha mencari cara untuk
                  menjadikan rambutnya kelihatan kemas?

Jawapan awak:Mestilah tak..

Hahaha..Tahu pun,jadi awak sendiri mengakui bahawa hanya orang yang mencari dan berusaha baru menemui apa yang dihajatinya..

Jadi,orang yang lahir dalam keadaan kafir boleh sahaja menemui kebenaran Islam andai mereka berusaha mencari kebenaran.Hal ini terbukti apabila ramai paderi yang melakukan perbandingan agama akhirnya memeluk agama Islam setelah berusaha mencari kebenaran.
Malahan di Amerika,10 000 org memeluk Islam setiap tahun.10 000 bukan satu angka yang kecil,ia jumlah yang besar.Jadi,tentang org yang lahir dalam keluarga kafir bukanlah satu isu yang boleh diperbesarkan kerana kalau mereka mencari,mereka akan dapat melihat keindahan Islam itu.

Berbeza pula dengan orang Muslim yang sememangnya dilahirkan Islam hari ini.Kadang-kadang kalau kita perhatikan,orang yang baru beberapa bulan memeluk Islam lagi mengetahui banyak perkara mengenai Islam berbanding orang Muslim yang memang dari kecil dia beragama Islam.
Kenapa ye?
Sebab mereka memeluk Islam atas pilihan mereka sendiri bukan atas warisan.Islam mereka pada hati dan amalan mereka,berbeza yang memang sedia ada muslim,Islam hanya pada nama dan I/C.Jadi,tak adilkah Allah ciptakan orang yang lahir dalam keluarga kafir sedangkan mereka mampu menemui kebenaran Islam,sama peluangnya dengan orang yang sedia ada Islamnya dengan syarat mereka BERUSAHA.

Rasanya sampai di sini sahajalah tinta saya bersuara.Yang kurang,harap diampunkan..
Hakikatnya,yang baik itu datangnya dari Allah,yang buruk itu ju datangnya dari Allah tetapi disebabkan kelemahan dan kedhaifan diri saya sendiri..

Moga kita sentiasa dalam naunganNya.Sekian,wabillahi taufiq walhidayah,Wassalamualaikum W.M.T.
Wallahu A'lam..
Glosari
istidraj-Nikmat yg dikurniakan Allah utk menambah kesesatan kepada seseorang